Home

Sunday 12 July 2015

SAYANGI BUMI KITA

Minggu lepas aku berpeluang mengikuti taklimat mengenai Ekosistem Konduksif Sektor Awam  atau lebih dikenali sebagai EKSA anjuran pejabat aku. Sekarang setiap jabatan kerajaan sedang dalam proses melaksakan EKSA bagi menggantikan Amalan 5S yang telah digunakan sebelum ini. Tapi aku bukan nak bercerita mengenai EKSA ini. Taklimat tersebut disampaikan oleh En. Ishanuddin Bin Hussin, pegawai dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atau lebih dikenali sebagai SWCorp . Banyak juga ilmu dan tips yang berguna yang disampaikan oleh EN. Ishanuddin. Bila dilihat persekitaran kita sekarang boleh dikatakan agak kotor. Di mana-mana sahaja kita boleh melihat orang membuang sampah. Paling mudah kita ambil contoh di bazar Ramadhan, betapa banyaknya sampah sarap seperti plastik, bekas-bekas makanan, kertas dibuang diatas-atas jalan. Itu baru satu tempat bazar Ramadhan, bayangkan berapa banyaknya bazar Ramadhan nie di Malaysia. Memang bertimbun-timbun la sampah sarap nie. Macam plastik mengambil masa yang cukup lama untuk terurai. Silap-silap nanti kita akan sedut udara yang kotor dan terpaksa memakai penutup mulut bila keluar rumah.

Antara yang menarik perhatian aku adalah konsep mangkuk tingkat atau kalau dikampung aku panggil Sia. Setahu aku mangkuk tingkat digunakan untuk membawa bekalan makanan ke sekolah, pejabat dan sewaktu dengannya. Jika kita menggunakan kaedah mangkuk tingkap ketika membeli lauk-pauk di kedai-kedai makan dapat menjimatkan penggunaan plastik. Mudah, beli lauk kemudian masukan jea dalam mangkuk tingkat nie. Cuma nanti ramai yang akan memandang kita sebab nampak pelik kan beli lauk pauk masukan dalam mangkuk tingkat. Yang jadi pelik sebab tak ramai yang buat macam nie termasuk la aku hehe. Lepas nie mungkin aku akan cuba kaedah mangkuk tingkat. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar kita agar menjadi tempat yang selesa untuk didiami oleh kita dan juga generasi kita masa akan datang.  







No comments:

Post a Comment

Andriod Smart Decoder
Mengapa bayar lebih untuk menonton jika anda boleh berjimat
WA/Line/Call/SMS: 01126108085 zack
Emel: cylop2002@gmail.com
Wechat Id: zackries